Thursday 8 November 2012

sejarah bendera malaysia !


SEJARAH DUNIA


Asalam dan selamat sejahtera ..
Faten nak Tanya nieyh ..
You all tahu tak sejarah asal
usul bendera MALAYSIA  ?
Mesti ramai yang masih tidak
Tahu kan ..
Ape kate you all singgah di
BLOG faten aisyah ..







ASAL USUL BENDERA MALAYSIA


*Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya
Pada 16 September 1963. Ianya direka oleh seorang ARKITEK
di Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru bernama
Mohamed Bin Hamzah.

*Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru
dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning
di bahagian tepi kiri.

*Rekabentuk ini akhirnya melalui pengubahansuaian
Mengikut bentuk Bendera Persatuan Tanah Melayu
iaitu ada bilangan jalur-jalur dan bintang
pecah 14 bagi mewakili 14 buah negeri..

*Bendera Malaysia ini telah disahkan oleh King George IV
Pada 19 Mei 1950.

*Ianya pertama kali dikibarkan di hadapan  istana
Selangor pada 26 Mei 1950.

*Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika
Berusia 75 tahun pada 13 Februari 1993 di Jalan
Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee,
Johor

*Pengisytiharan “Jalur Gemilang” sebagai nama bendera
Malaysia telah dibuat oleh Tun Dr. Mahathir
Mohamad di Dataran Merdeka pada
31 Ogos 1997 , jam 11.58
Malam.

*Perkataan Jalur dalam nama Jalur Gemilang
Melambangkan jalur pada bendera
Yang menggambarkan
Salu laluan yang lurus, hala tuju
Serta arah yang sama yang diikuti
Oleh Rakyat Negara ini manakala
Gemilang pula melambangkan keadaan yang bercahaya,
Terang-benderang dan cemerlang.

*Jalur Gemilang adalah lambing aspirasi
Rakyat Malaysia dalam mengharungi
Kemajuan dengan penuh Gigih,
Taat dan bersatu padu bagi membina
Sebuah Neraga yang
Cemerlang Gemilang dan Terbilang.

1 comment:

  1. wahh kelass faten..
    info yang menarik..
    ahli sejarah ker.. tanyaa
    hehe..

    ReplyDelete